SPM 2020: Polis pantau SOP di sekolah

0
3

BAGI mengawal pergerakan pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya menempatkan 44 anggota dan pegawainya di 11 sekolah di sekitar wilayah berkenaan.

Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, berkata anggota dan pegawai polis itu ditempatkan di pagar serta dalam sekolah untuk memantau prosedur operasi standard (SOP) di setiap sekolah berkenaan.

Katanya, anggota dan pegawai itu di ditempatkan sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

“Kita menempatkan dua anggota dan pegawai serta Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di setiap sekolah dan mereka ini akan menegur sekiranya ada yang tidak mematuhi SOP.

“Setakat tinjauan yang kita buat hari ini, semua sekolah di Putrajaya mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya pengawas peperiksaan memakai alat pelindung muka, pelitup muka serta sarung tangan,” katanya seperti dilapor BH.

Mohd Fadzil berkata seramai 1,726 calon termasuk calon persendirian menduduki peperiksaan di sekolah sekitar Putrajaya yang berlangsung hari ini sehingga 25 Mac ini. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here