Covid-19: Fakta mengenai vaksin Pfizer-BioNTech

0
2

JAWATANKUASA Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini, menyatakan lembaran fakta bagi ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech.

Menurut JKJAV dalam satu kenyataan, mengenai perjalanan vaksin tersebut di mana kumpulan pertama dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH604 pada jam 10 pagi esok yang dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd. (MASKargo).

“Perjalanan vaksin ini dari kilang Pfizer di Belgium telah diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global.

“Vaksin ini berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.

“Vaksin ini (312,390 dos) diterbangkan dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 330-300,” katanya.

Setibanya vaksin tersebut di Malaysia, ia akan edar oleh DHL Express, yang juga merupakan ejen yang telah dilantik untuk pengedaran vaksin Pfizer BioNTech di peringkat global.

Kenamaan yang akan hadir untuk menyambut vaksin di KLIA ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurut kenyataan itu lagi, vaksin Pfizer-BioNTech adalah yang pertama memperoleh kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan NPRA pada 8 Januari lalu.

“Sehingga Februari lalu, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin Covid-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada lima pengeluar vaksin.

“Kementerian Kesihatan mewakili kerajaan telah memeterai perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd pada 11 Januari lalu untuk pembelian vaksin ini, setelah memulakan perbincangan pada penghujung tahun 2020,” katanya.

Sehubungan itu, bagi fasa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan kumpulan sasar, Malaysia akan memulakan pada 26 Februari ini.

“Program ini akan bermula dengan suntikan sulung yang akan diterima oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama petugas barisan hadapan,” kata kenyataan itu.

Ada tiga peringkat Program Imunisasi, iaitu Fasa 1 (Februari – April 2021) petugas barisan hadapan; Fasa 2 (April – Ogos 2021) warga emas berumur 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi; dan Fasa 3 (Mei 2021 – Februari 2022) penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas. – Malaysiapost

Artikel Berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/20/program-vaksinasi-di-seluruh-dunia-tunjuk-kesan-positif-kes-turun-mendadak/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here