Umno tak perlu terima jawatan TPM – Isham Jalil

0
3
isham jalil

UMNO tidak perlu terima jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kerana tidak banyak perubahan yang boleh dilakukan hanya untuk menyelamatkan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sedang tenggelam.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, jawatan TPM hanya untuk jangka masa pendek dan pastinya Bersatu akan menuntut untuk Umno mengorbankan banyak perkara untuk jawatan tersebut.

“Ini tidak menguntungkan malah merugikan kita dan akar umbi serta orang-orang Melayu dalam jangkamasa sederhana, panjang atau selama-lamanya.

“Saya tidak rasa pemimpin-pemimpin Umno begitu ‘naïve’ dan mentah untuk galak dan teruja dengan tawaran terdesak dan terlambat Muhyiddin dan Bersatu ini.

“Dan sebelum ini juga saya telah kata, jika Umno terima jawatan TPM ini, ia besar berkebarangkalian akan memecahbelahkan parti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, majoriti akar umbi Umno telah membuat keputusan menolak Bersatu dalam mesyuarat-mesyuarat perwakilan baru-baru ini.

Oleh itu, katanya, sesiapa yang menerima jawatan TPM akan dilihat oleh akar umbi sebagai menggadaikan Umno untuk kepentingan diri sendiri.

Isham berkata, tambahan pula jawatan TPM tidak mempunyai banyak kuasa untuk membuat dasar dan perubahan untuk rakyat, malah setahun kebelakangan ini jawatan itu tidak diisi yang menunjukkan ianya bukanlah kritikal.

“Oleh itu tidak masuk akal untuk Umno terima jawatan ini sekarang.

“Sebenarnya jika Muhyiddin ikhlas dengan Umno, dari awal dia jadi Perdana Menteri dulu dia sepatutnya telah tawarkan jawatan ini kepada Umno, tetapi tidak,” ujarnya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan : https://malaysiapost.com.my/2021/02/15/bersatu-jangan-tanding-di-kawasan-umno-saarani/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here