28 Mei tarikh sebutan semula kes rasuah Guan Eng

0
3
BUTTERWORTH, 11 Ogos -- Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan rasuah. Lim, 60, didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), telah menggunakan kedudukan untuk suapan, iaitu wang berjumlah RM372,009 bagi isterinya Betty Chew Gek Cheng (dua, kanan) melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA BUTTERWORTH, Aug 11 -- Former Penang Chief Minister Lim Guan Eng (right) pleaded not guilty at the Sessions Court today to the charge with corruption. Lim, 60, was charged, in his capacity as the Chief Minister of Penang and chairman of the Penang Development Corporation (PDC) Procurement Board then, with using his position for gratification, involving RM372,009 for his wife, Betty Chew Gek Cheng (second, right), through a company, Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

MAHKAMAH Sesyen Butterworth hari ini menetapkan 28 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes rasuah membabitkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Kes itu turut membabitkan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, 56, dan ahli perniagaan, Phang Li Koon, 48.

Hakim Ahmad Azahari Abd Hamid membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan memohon masa kepada mahkamah bagi meneliti dokumen yang diserahkan oleh pihak pendakwaan pada Selasa lalu.

Peguam, RSN Rayer dan A Ruben Kumar memberitahu mahkamah bahawa pihaknya memerlukan masa kira-kira tiga bulan untuk meneliti dokumen setebal lebih 1,000 muka surat itu dan bagi menasihati tertuduh.

Permohonan tersebut tidak dibantah pihak pendakwaan yang terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara, Shafiq Hasim dan Mohd Ashrof Adrin Kamarul sebelum hakim menetapkan tarikh berkenaan.

Sementara itu, pihak pembelaan turut menyatakan akan memfailkan permohonan interlokutori dalam tempoh terdekat, lapor Kosmo.

Pada prosiding itu kesemua tertuduh tidak hadir kerana mendapat pengecualian mahkamah.

Terdahulu, pada 11 Ogos lalu, Guan Eng mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Lembaga Tawaran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk suapan wang berjumlah RM372,000 bagi isterinya melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.

Ia dengan cara memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn. Bhd. ditawarkan Jemputan Cadangan Perkampungan Pekerja di Lot 631, Juru dan sebahagian Lot 282, Batu Kawan di sini yang bernilai RM11.61 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Georget Town dekat sini di antara 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Di mahkamah sama, Li Koon turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng di lokasi dan tempoh yang sama.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here