Malaysiakini rayu bantuan orang ramai

0
3

PORTAL Malaysiakini merayu orang ramai untuk membantu mereka mengumpulkan RM500,000 setelah Mahkamah Persekutuan memutuskan portal berkenaan menghina mahkamah melalui ruangan komentar pembaca.

Denda berkenaan dikatakan melebihi jumlah yang diminta oleh pihak pendakwa raya iaitu sebanyak RM200,000 da ia mesti dibayar dalam tempoh tiga hari bekerja, iaitu selewat-lewatnya pada 24 Februari ini.

Prosiding penghinaan terhadap Malaysiakini dan ketua pengarangnya Steven Gan dimulakan oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berhubung komen yang dibuat oleh pembaca di laman web Malaysiakini.

Keputusan majoriti 6-1 adalah muktamad dan tidak boleh dirayu. Mahkamah Persekutuan walaubagaimanapun tidak menjatuhkan hukuman ke atas Gan.

“Kami bukan dihukum kerana tulisan (kewartawanan) kami. Kami dihukum kerana komen yang dibuat oleh pembaca kami.

“Kami berharap rakyat Malaysia sudi menyumbang kepada tabung kami. Keterbukaan terhadap pandangan kritikal adalah tanda institusi yang kuat dan sihat.

“Selama 21 tahun, Malaysiakini bergantung atas ihsan dan kemurahan hati orang ramai untuk meneruskan misinya. Kami sekali lagi merayu rakyat Malaysia untuk membantu kami,” kata Gan.

Mereka yang ingin membantu boleh menyumbang kepada Tabung Pembelaan Malaysiakini boleh melakukannya di:

Nama akaun: Mkini Dotcom Sdn Bhd

No akaun: 514253516714 (Maybank)

Kod Swift: MBBEMYKL

Alamat cawangan: Dataran Maybank, Menara A Tingkat 1, Dataran Maybank, 59000 Kuala Lumpur.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menderma menggunakan kad kredit anda dengan menghubungi kami di +603 7770 0000. -Malaysiapost

Foto Kredit: Malay Mail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here