Puad sahkan terima LOD daripada peguam PM

0
2
KUALA LUMPUR 09 June 2015. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Sidang Media menegnai isu 1MDB di Menara MARA. NSTP/Salhani Ibrahim

SAYA tidak perlu memohon maaf, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berhubung tuntutan permohonan maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta kerana didakwa memfitnah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi hantaran di Facebook, baru-baru ini.

Beliau juga mengesahkan sudah menerima notis tuntutan (LOD) daripada peguam Perdana Menteri.

“Dia akan ambil tindakan saman RM10 juta terhadap saya. Saya akan serahkan kepada Peguam saya untuk respond surat LOD tersebut.

“Sebagai individu yang dijamin kebebasan bersuara, saya tidak akan benarkan diri saya dibuli oleh Muhyiddin seperti mana Umno dibuli.

“Saya tidak perlu memohon maaf dan tidak perlu memadam hantaran dalam Facebook saya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Puad berkata beliau memilih ke mahkamah dan ia adalah peluang kepada dirinya untuk bersama rakyat yang membantah amalan antara dua darjat dalam isu kuarantin.

“Saya dituduh memfitnah Perdana Menteri. Sedangkan saya hanya bertanya dan meminta penjelasan. Kalau itu pun di saman maka amat wajar saya melawan di mahkamah.

“Oleh kerana peraturan kuarantin tiga hari untuk Menteri dibuat tergesa gesa, maka ia isu kepentingan awam yang perlu ditanya dan dipersoalkan,” katanya.

Puad berkata tindakan saman itu bertujuan untuk menutup mulut dan menakutkan para pengkritik jadi beliau memilih untuk tidak berganjak.

Sebelum ini dilaporkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menuntut Puad memohon maaf secara terbuka susulan dakwaannya bahawa perintah kuarantin tiga hari untuk Menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan kerajaan kerana Perdana Menteri enggan dikuarantin sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.

Dalam satu kenyataan, PMO menegaskan, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya beliau gagal berbuat demikian.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here