United bergaya benam Sociedad

0
2

MANCHESTER United berjaya menewaskan Real Sociedad dengan keputusan 4-0 dalam aksi saingan pertama kelompok 32 terakhir Liga Europa yang berlangsung di Stadium Allianz, Turin, awal pagi tadi.

Bruno Fernandes sekali lagi menjadi bintang kemenangan Manchester United dengan menjaringkan dua gol, sementara dua gol lagi masing-masing dijaringkan oleh Marcus Rashford dan Daniel James.

Dengan kemenangan bergaya ini, Manchester United boleh dikira sudah boleh membuat persiapan ke pusingan 16 akhir.

United memulakan pesta gol pada minit ke-27 menerusi gol Bruno Fernandes.

Pada babak kedua, United lebih kejam ke atas lawan mereka, di mana pasukan Syaitan Merah menambah tiga lagi gol.

AFP melaporkan skuad kendalian Solskjaer menggandakan kedudukan 12 minit pada babak kedua apabila Fernandes meledak jaringan ke-21 miliknya musim ini dalam semua kejohanan selepas Daniel James gagal mengawal hantaran Rashford.

Jaringan itu pada mulanya dikatakan ofsaid sebelum melihat rakaman VAR.

United terus mendominasi Sociedad dan akhirnya Rashford sendiri menjaringkan gol pada minit ke-65 menerusi serangan balas pantas dimulakan penjaga gol Dean Henderson.

Pertembungan itu berakhir apabila James melepaskan diri dan meledak ke penjuru gawang pada penghujung saingan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here