‘Mesti mak gembira, terima kasih ustaz Ebit Lew’

0
2

Nurul Huda Abhar

HASRAT pendakwah bebas, Ebit Lew membantu menempatkan anjing dan kucing dalam jagaan pusat pengurusan haiwan terbiar, ‘Pak Mie Shelter’ menjadi kenyataan apabila beliau menyewakan sebuah gudang sebagai tempat perlindungan baharu haiwan tersebut.

Anak-anak kepada Allahyarham Halijah Idris, 73, atau Mak Intan yang meninggal dunia minggu lalu akibat kanser ovari, memberitahu ibu mereka gemar mendengar ceramah yang disampaikan Ebit.

Malah, Ebit berkata, anak-anak Mak Intan menangis kerana tidak menyangka usaha murni dilakukan arwah ibu mereka mendapat perhatian dan bantuan pihaknya.

“Sampai je ke tempat baru anak-anak arwah Mak Intan menangis. “Mesti mak gembira ustaz. Terima kasih ustaz.

“Kami memang tak sangka ustaz akan datang sini. Mak pun selalu dengar ceramah ustaz. Alhamdulillah. Saya sewa tempat ini Rm4,300 sebulan. Baik owner tempat ini,” katanya dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.

Sementara itu, Ebit memaklumkan akan menampung kos penyediaan sistem kumbahan termasuk keperluan untuk menjadikan gudang tersebut tempat perlindungan selesa untuk haiwan-kaiwan terbiar.

Menurut Ebit, jangkaan beliau bahawa dalam tempoh masa seminggu ke semua haiwan jagaan Mak Intan akan dipindahkan ke gudang tersebut selepas proses penyelenggaraan selesai.

“Terus bawa kontraktor dan Dr Vet (veterinary) yang sentiasa membantu selama ini. Kita akan buat sistem kumbahan, sistem air, bilik-bilik pengasingan, tempat makanan,kipas, ventilation, dan tanah tempat bermain dan lobi tetamu. Supaya jadi Zoo Taman untuk kunjungan dan yang ingin membantu.

“Doakan ya. Semoga semuanya dimudahkan. Seminggu lagi semua anjing dan kucing kena dipindahkan

“Terima kasih semua anak dan keluarga Mak Intan. Terima kasih NGO dan persendirian yang selalu membantu. Terima kasih badan berkuasa tempatan dan lain-lain,” tulisnya lagi.

Terdahulu, media melaporkan Pak Mie Shelter yang menguruskan hampir 400 anjing dan 180 ekor kucing di Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar gusar memikirkan lokasi baharu apabila diarah berpindah oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Pemindahan perlu dilakukan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembetungan Kota Setar. -Malaysiapost

Artikel berkaitan :

https://malaysiapost.com.my/2021/02/18/ebit-lew-nak-beli-gudang-tempatkan-anjing-kucing-pak-mie-shelter/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here