Kematian akibat Covid-19 di Malaysia lepasi angka 1,000

0
2

ANGKA kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini melepasi 1,000 apabila 22 lagi kes kematian dicatatkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata keadaan itu menjadikan jumlah kumulatif kematian setakat ini adalah 1,005 kes atau 0.37 peratus.

“Kes sembuh baharu pula adalah 5,709 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 229,762 kes (84.4%).

“Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini adalah 2,998 kes menjadikan jumlah kumulatif 272,163 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan kes itu, kes aktif adalah sebanyak 41,396 kes.

“Kes baharu membabitkan jangkitan tempatan adalah 2,991 kes (1,578 warganegara atau 52.8 peratus dan 1,413 bukan warganegara atau 47.2 peratus).

“Kes import pula adalah tujuh kes membabitkan tiga warganegara dan empat bukan warganegara,” katanya.

Beliau berkata, bagi kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 231 kes dengan 115 pesakit Covid-19 memerlukan bantuan pernafasan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here