Laksana prinsip semak dan imbang dalam tadbir urus negara

0
2
KUALA LUMPUR,17/03/2018,At the swearing-in ceremony of Federal Court judges Tan Sri Idrus Harun at the Palace of Justice, Putrajaya. ,MALAY MAIL/AZINUDDIN GHAZALI

PEGUAM Negara, Tan Sri Idrus Harun digesa segera mengambil langkah berpandukan Perlembagaan Persekutuan untuk memberi nasihat betul dan tepat kepada pihak berkenaan bagi pelaksanaan prinsip semak dan imbang dalam tadbir urus negara.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdullah, berkata sejak kebelakangan ini ramai pengamal undang-undang dan para akademik serta penganalisis politik berulang kali membuat rungutan dan aduan tentang pencemaran dan kegagalan pelaksanaan prinsip semak dan imbang antara ketiga-tiga cabang dalam urus tadbir negara, iaitu satu prinsip yang utuh yang diiktiraf sebagai struktur asas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, rungutan dan aduan itu adalah diakibatkan pelbagai perkara dan senario semasa yang wujud berulang kali di mana tampak seolah-olah cabang eksekutif, iaitu Perdana Menteri dan jemaah Menteri, sering mengekang dan mengongkong tugasan dan tanggungjawab cabang legislatur, iaitu Parlimen dalam perkara yang boleh mempersoalkan kebertanggungjawaban cabang eksekutif itu dengan efektif.

“Hatta, ianya adalah satu perkembangan positif apabila pada hari ini, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara, menyatakan cabang legislatif telah lumpuh akibat keputusan eksekutif untuk menggantung Parlimen.

“Justeru, sebagai seorang rakyat Malaysia dan pengamal undang-undang yang sering menyuarakan tanggungjawab kesemua pihak untuk melaksanakan tadbir urus negara dalam pematuhan kepada peruntukan dan keperluan, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Azalina dalam tindakan beliau yang betul dan tepat untuk memajukan surat itu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, tindakan Azalina itu adalah wajar memandangkan ia adalah tanggungjawab keperlembagaan seorang Peguam Negara di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk memberi nasihat yang betul kepada kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong berkaitan perkara tadbir urus negara.

“Sewajarnya dan sebaiknya TS Idris Harun sebagai Peguam Negara mengambil langkah poritif berpandukan kepada keperluan Perlembagaan Persekutuan untuk memberi nasihat betul dan tepat kepada kesemua pihak yang berkenaan bagi tujuan memperbetulkan keadaan dalam pematuhan prinsip tunjang semak dan imbang berkenaan dengan secepat mungkin,” katanya. -Malaysiapost

Foto Kredit: Malay Mail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here