KEPUTUSAN Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 membuktikan ia adalah selamat sekali gus menyakinkan rakyat, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata, beliau ada bertanya kepada Perdana Menteri mengenai perkara itu sebelum dimaklumkan bahawa sudah menerima lampu hijau daripada doktor.
Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata, tindakan terbabit bagi membuktikan vaksin itu selamat kerana masih ada rakyat yang ragu-ragu.
“Vaksin terbabit sudahpun disuntik membabitkan jutaan manusia di seluruh dunia dan tiada kesan yang serius dikesan.
“Maka dengan tindakan Perdana Menteri yang menjadi individu pertama disuntik vaksin dapat memberi keyakinan bahaya vaksin terbabit selamat,” katanya hari ini.
Semalam, Muhyiddin memaklumkan beliau akan menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech pada hari pertama pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bersama-sama petugas barisan hadapan.
Vaksin terbabit akan tiba di negara ini pada Ahad, sementara pelaksanaan program imunisasi akan dilancarkan secara berfasa pada 26 Februari ini. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2020/12/22/pm-tawar-diri-jadi-individu-pertama-disuntik-vaksin-covid-19/

