Tentera Darat temui longgokan rokok seludup, dianggar bernilai RM442,200

0
2

TAKTIK kumpulan penyeludup menyorokkan rokok seludup di tiga lokasi terpencil dan berasingan gagal apabila berjaya dikesan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) menerusi kenyataan berkata kegiatan itu dikesan di sektor Op Benteng di bawah tanggung jawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) di Kota Tinggi.

Menurut kenyataan itu, lokasi rokok tersebut disembunyikan telah dikesan oleh anggota tentera yang menjalankan rondaan di kawasan Punggai dan Batu Layar.

“Kumpulan ronda telah menemui satu longgokan besar yang ditutup dengan kanvas di satu lorong berhampiran pantai.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 50 bungkus plastik hitam mengandungi rokok pelbagai jenama,” katanya.

Susulan itu, Tim Quick Reaction Force (QRF) telah diatur gerak untuk melakukan penggeledahan dan penjejakan sebelum menemui dua lagi longgokan rokok seludup kira-kira 100 meter dari lokasi pertama.

Menurut 3 Divisyen, lokasi tersebut dipercayai dijadikan tempat penyimpanan sementara rokok seludup dari Indonesia sebelum diedarkan di Malaysia.

Tentera darat bersama rokok seludup yang dijumpai

“Keseluruhan rampasan melibatkan 2,948 karton rokok yang dianggarkan bernilai RM442,200. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here