Sekatan jalan raya masih diteruskan

0
2

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan semua 550 sekatan jalan raya di seluruh negara, meskipun kerajaan memansuhkan pergerakan melebihi radius 10 kilometer (km).

Ketika ini sebanyak 276 sekatan jalan raya di persempadanan daerah di seluruh negara, manakala 274 lagi di persempadanan negeri dan Operasi Benteng (Op Benteng).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata selepas kerajaan memansuhkan larangan pergerakan melebihi 10km, pihaknya akan memberi tumpuan kepada faktor pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Meskipun mereka bebas bergerak lebih 10km, orang ramai yang tidak mempunyai kebenaran untuk merentas daerah atau negeri, mereka hanya dibenarkan bergerak dalam daerah mereka sahaja.

“Justeru polis masih lagi meneruskan pemantauan terhadap pematuhan ini selain pergerakan yang masih menetapkan dua individu sahaja dalam satu kenderaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Acryl Sani berkata penugasan penguatkuasaan bukan untuk bertujuan menyusahkan orang ramai, sebaliknya untuk memastikan penularan Covid-19 dapat diputuskan, sekali gus memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here