Nilam Oshman
Penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat kawasan membabitkan masing-masing satu di Pahang dan Perak serta dua di Terengganu, bermula esok.
Manakala, pelaksanaan PKPD di Kampung Sungai Maong, Bahagian Kuching, Sarawak bermula esok hingga 2 Mac 2021.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, empat kawasan terbabit adalah Kompleks Penjara Bentong Dan Kuarters Kakitangan, Bentong, Pahang; Felda Lasah dan Kg. Besi Api, Kuala Kangsar, Perak; Felda Tersat Kuala Berang, Hulu Terengganu serta Tapak Bina Kuarters TNB Kuala Berang, Hulu Terengganu,Terengganu.
Menurutnya, pelaksanaan PKPD di Kompleks Penjara Bentong dan Kuarters Kakitangan, Bentong, Pahang sepatutnya dijadualkan tamat pada 22 Februari 2021.
Namun, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 2,497 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 760 kes positif Covid-19 telah dilaporkan.
“Walaubagaimanapun, KKM mengesahkan baki kes di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kompleks Penjara Bentong Dan Kuarters Kakitangan, Bentong, Pahang pada 17 Februari 2021 lebih awal daripada yang dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, di Felda Lasah dan Kg. Besi Api, Kuala Kangsar, Perak, KKM telah selesai melaksanakan 271 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 7 kes positif Covid-19 telah dilaporkan.
“Walaubagaimanapun, KKM mengesahkan baki kes di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Felda Lasah dan Kg. Besi Api, Kuala Kangsar, Perak pada 17 Februari 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya.
Ismail Sabri berkata, di Felda Tersat Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu, KKM telah melaksanakan 604 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 21 kes positif Covid-19 telah dilaporkan di lokaliti ini.
“Walaubagaimanapun, KKM mengesahkan tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan kes positif terakhir yang dilaporkan adalah pada 9 Februari 2021 iaitu sebanyak 5 kes.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Felda Tersat Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu pada 17 Februari 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, di Tapak Bina Kuarters TNB Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu, KKM telah melaksanakan 121 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 16 kes positif Covid-19 telah direkodkan.
“KKM mengesahkan kesemua kes positif telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan dan tiada lagi kes baharu yang dilaporkan di lokaliti ini.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Tapak Bina Kuarters TNB Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu pada 17 Februari 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan PKPD di Kampung Sungai Maong, Bahagian Kuching, Sarawak bermula esok hingga 2 Mac 2021.
Katanya, KKM hari ini melaporkan situasi kes Covid-19 di Kampung Sungai Maong, Bahagian Kuching, Sarawak.
“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kesa secara mendadak iaitu dalam tempoh 12 sehingga 15 Februari 2021 sebanyak 13 kes positif Covid-19 telah direkodkan melibatkan lokaliti ini.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sungai Maong, Bahagian Kuching, Sarawak bermula 17 Februari 2021 sehingga 2 Mac 2021,” katanya. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/18/pakar-perubatan-cadang-pkpd/

