MALAYSIA mencatatkan kes sembuh harian tertinggi hari ini sebanyak 5,718 menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan adalah 224,053.
Sebanyak 2,720 kes baharu yang dicatatkan, dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 44,129 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,300, diikuti Johor (451), dan Kuala Lumpur (318).
“Kes di Sabah kembali naik kepada tiga angka sebanyak 132, tetapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jangkakan kes di Sabah akan menurun,” katanya dalam sidang media hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak lapan kes kematian direkodkan hari ini dan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia sebanyak 983.
Katanya, sehingga hari ini kes yang masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 253, dan kes yang memerlukan bantuan alatan pernafasan adalah 118 kes. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/28/kkm-terus-cari-strategi-hadapi-peningkatan-kes-covid-19/

