PKP dilanjut di Selangor, KL, P. Pinang, dan Johor

0
2

Nurul Huda Abhar

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadualkan tamat pada 18 Febuari ini dilanjutkan bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.

Manakala, PKP Bersyarat dilaksanakan di negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, serta Sabah.

PKP Pemulihan pula dilaksanakan di negeri Perlis.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan tersebut akan bermula 19 Febuari sehingga 4 Mac 2021.

“Selepas itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan buat penilaian risiko sekali lagi dan akan mengumumkan keputusan selepas didapati kes Covid-19 berkurangan atau bertambah.

“Manakala bagi Sarawak kerajaan telah umumkan lanjutan PKP Bersyarat bermula 15 Febuari hingga 1 Mac,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, aktiviti-aktiviti PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan adalah sama seperti yang telah diberitahu pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini.

Katanya, ia termasuk prosedur operasi standart (SOP) bagi aktiviti yang dibenarkan dan tidak dibenarkan sepanjang peraturan itu berlangsung.

“Boleh merujuk laman sesawang MKN untuk sebarang maklumat mengenai SOP dan larangan,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here