Pemandu lori temui bom tangan di Dungun

0
2
DUNGUN 22 OGOS 2018. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan, Baharudin Abdullah. STR/ROSLI ILHAM

SEORANG pemandu lori menemui 24 bom tangan dalam sebuah kotak di tempat pembuangan sampah di Felda Kerteh 3, Ketengah Jaya, Dungun semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata lelaki berumur
35 tahun itu terjumpa satu kotak mencurigakan sebelum membuat pemeriksaan kira-kira jam 4 petang semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat beberapa objek menyerupai bom tangan sebelum lelaki terbabit beredar meninggalkan lokasi kejadian kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

Bom tersebut digunakan untuk latihan asap oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

“Bagaimanapun, dia yang bimbang kejadian buruk berlaku pergi ke lokasi berkenaan kira-kira jam 10 malam pada hari sama bersama empat lagi rakannya selain turut memaklumkan penemuan itu kepada Ketua Pengerusi Belia di kawasan berkenaan.

“Sebaik dimaklumkan penemuan itu kira-kira jam 11.30 malam, sepasukan anggota Bahagian Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun bergegas ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemui 24 objek menyerupai bom tangan sebelum siasatan mendapati ia adalah bom tangan biasa yang digunakan untuk latihan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Menurutnya, kebiasaan bom tangan itu hanya digunakan untuk latihan asap oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Katanya, siasatan lanjut mendapati kesemua objek menyerupai bom tangan itu tidak memiliki nombor siri dan tidak ada kecacatan selain mendapati kesemuanya belum digunakan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menyiasat bagaimana ia boleh berada di lokasi kejadian.

“Semua bom tangan ini dijangka akan dilupuskan di Lembah Bidong, Setiu minggu depan,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here