Lotus’s, nama baharu Tesco

0
2

SEBAGAI langkah penjenamaan semula, semua pasar raya Tesco di Malaysia akan dikenali dengan nama baharu iaitu Lotus’s.

Tesco Malaysia dalam satu kenyataan berkata, penjenamaan semula itu dilakukan berikutan pengambilalihan perniagaan gergasi peruncitan United Kingdom, Tesco Plc yang beroperasi di Thailand dan Malaysia oleh konglomerat Thailand, Charoen Pokphand Group Co. atau lebih dikenali sebagai CP Group.

“Proses penjenamaan semula ini dijangka akan disiapkan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, pengambilalihan tersebut turut melibatkan pekerja seramai 8,600 orang di sebuah ibu pejabat, dua buah pusat pengedaran di Simpang Pulai dan Bukit Beruntung serta semua 62 pasar raya yang beroperasi di seluruh Malaysia.

Difahamkan, CP Group memperoleh perniagaan Tesco di Thailand dan Malaysia pada harga 10. 6 bilion dolar AS (RM42.77 bilion). – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here