PRU 15: Pejuang tidak bertanding sebagai calon Bebas

0
2

Nurul Huda Abhar

PARTI Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak berhasrat untuk menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai calon Bebas jika pendaftaran parti tersebut masih tidak diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Presiden Penaja Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui mempunyai beberapa rancangan susulan jika pendaftaran parti tersebut tidak dapat dilakukan sehingga PRU diadakan.

Bagaimanapun, beliau menolak untuk mendedahkan jika ada sebarang keputusan Pejuang untuk menyertai mana-mana parti lain.

“Kita (Pejuang) mestilah ada beberapa alternatif lain sekiranya satu ‘option’ tidak menjadi.

“Namun saya tidak boleh mendedahkan apa rancangan itu. Cukup sekadar saya kata bahawa kami tidak berhasrat untuk menyertai Pilihan Raya dalam keadaan Bebas.

“Kita tidak akan letak calon Bebas, calon itu mesti ada lambang dia. Apakah platform itu, kena tunggu,” katanya ketika sidang media secara virtual melalui aplikasi Zoom, hari ini.

ROS sebelum ini menolak permohonan pendaftaran Pejuang yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai sebuah parti politik.

Menurut peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Pejuang, pihak ROS sudah menghantar surat kepada Setiausaha Agung Penaja Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah, mengenai penolakan permohonan itu, atas alasan pendaftarannya dibuat secara tidak teratur.

Mengulas mengenai status pendaftaran Pejuang, Mukhriz berkata pihak ROS telah mengemukan permohonan ke bahagian dasar di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Bahagian dasar pula minta tiga perkara yang perlu kami pinda untuk deraf pelembagaan parti, itu juga telah kami buat. Dan kami telah kemukakan semula pada ROS.

“Buat masa ini pada pandangan kami semua syarat-syarat baik dari ROS ataupun bahagian dasar KDN telah kami penuhi. Maka tak sepatutnya ada lagi yang akan melewatkan urusan pendaftaran parti kami,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

https://malaysiapost.com.my/2021/02/14/ahli-parlimen-mahu-sertai-pejuang-akan-ditapis-ketat/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here