TIGA kawasan ditamatkan PKPD

0
2

Nilam Oshman

PENAMATAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membabitkan dua kawasan di Perak dan satu kawasan di Sarawak, bermula esok.

Pelanjutan PKPD di Penjara Sungai Udang Melaka, Tengah, Melaka bermula 17 Februari hingga 2 Mac 2021.

Manakala PKPD di Penjara Tapah dan Kuarters Kakitangan, Tapah, Perak bermula 16 Februari 2021 sehingga 1 Mac 2021.

Melalui satu kenyataan, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, PKP di tiga kawasan yang ditamatkan adalah Felcra Nasaruddin, Perak Tengah; Peringkat 2 dan sebahagian Peringkat 1 Felda Bersia, Hulu Perak, Perak dan Kampung Sungai Ud, Dalat, Sarawak.

Menurutnya, sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 491 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 20 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“Walaubagaimanapun, KKM mengesahkan baki kes positif Covid-19 di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Felcra Nasaruddin, Perak Tengah, Perak pada 16 Februari 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ismail Sabri berkata, di Peringkat 2 dan sebahagian Peringkat 1 Felda Bersia, Hulu Perak, Perak, KKM telah melaksanakan 409 ujian saringan dan secara kumulatif sebanyak 29 kes telah direkodkan di keseluruhan Felda berkenaan.

“Walaubagaimanapun, KKM mengesahkan tiada lagi kes positif dikesan setelah PKPD dilaksanakan di lokaliti ini bermula 3 Februari 2021.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Peringkat 2 dan sebahagian Peringkat 1 Felda Bersia, Hulu Perak, Perak pada 16 Februari 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya.

Beliau berkata, di Kampung Sungai Ud Dalat, Sarawak, KKM telah melaksanakan 2,042 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 41 kes telah direkodkan.

“Walaubagaimanapun, KKM melaporkan tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan kes terakhir yang direkodkan adalah pada 13 Februari 2021 iaitu sebanyak dua kes.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kampung Sungai Ud, Dalat, Sarawak pada 16 Februari 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, pelanjutan PKPD Penjara Sungai Udang, Melaka Tengah, Melaka bermula 17 Februari sehingga 2 Mac 2021.

Katanya, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Sungai Udang dan Kuarters Kakitangan, Melaka Tengah, Melaka yang dijadualkan tamat pada 16 Februari 2021.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 1,234 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif, sebanyak 331 kes telah direkodkan.

“KKM mengesahkan peningkatan kes masih berlaku dalam kalangan tahanan dan terdapat baki 21 sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

“Walaubagaimanapun, penularan kes positif Covid-19 ini tidak melibatkan kakitangan dan ahli keluarga yang tinggal di kuarters,” katanya.

Beliau berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di kawasan berkenaan bermula 17 Februari sehingga 2 Mac 2021 kecuali yang tinggal di Kuarters Kakitangan dan PKRC Penjara Sungai Udang ditamatkan pada 16 Februari 2021 seperti yang dijadualkan.

Selain itu, beliau berkata, PKPD akan dilaksanakan Penjara Tapah dan Kuarters Kakitangan, Tapah, Perak bermula esok sehingga 1 Mac 2021.

Katanya, sehingga kini, KKM telah melaksanakan 187 ujian saringan ke atas kontak rapat dan daripada jumlah itu, sebanyak 55 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara

Tapah dan Kuarters Kakitangan, Tapah, Perak bermula 16 Februari 2021 sehingga 1 Mac 2021,” katanya.
-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here