Syamel, Ernie Zakri sah bertunang

0
3

Gosip berkenaan hubungan cinta antara penyanyi Syamel dan Erni Zakri, telah mendapat jawapan apabila pasangan tersebut mengumumkan pertunangan mereka.

Syamel menerusi hantaran di laman Instagramnya hari ini, mengharapkan urusan mereka berdua dipermudahkan sehingga akhir hayat.

Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly turut mengucapkan terima kasih atas doa yang diutuskan buat mereka berdua.

“Alhamdulillah. Terima kasih mendoakan yang baik baik untuk kami. Semoga dipermudah urusan hingga akhir hayat.

“Semoga perjalanan yang bermula dengan majlis pertunangan yang sederhana bersama kaum keluarga ini diredhai dan diberkati,” tulisnya.

Syamel, 27, dan Ernie, 28, masing-masing menggayakan baju rona kelabu ketika majlis pertunangan mereka yang berlangsung di kediaman Erni, semalam.

Pasangan ini pernah dinobatkan sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-31

Perkenalan mereka bermula ketika Syamel dan Ernie menyertai program realiti, Duo Star tiga tahun lalu.

Biarpun sering diajukan dengan soalan sedang dilamun cinta, namun Syamel dan Ernie tidak pernah mengesahkan tentang percintaan mereka kepada media.

https://www.instagram.com/p/CD77lMBjeIP/?igshid=1lzw5zr49agrg