PRU15: Umno Sabah mahu tanding 10 hingga 13 kerusi

0
2

UMNO Sabah menyasarkan untuk bertanding 10 hingga 13 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ia berpandukan kepada kajian parti melalui Jabatan Urusan Pilihan Raya (Juara) Umno Sabah.

Beliau berkata, Sekretariat Penyelidikan akan membuat kajian tentang kekuatan sokongan rakyat kepada Umno bagi kerusi yang dituntut.

“Mengikut fakta pada PRU14 Umno bertanding di 14 kerusi Parlimen iaitu Kudat, Kota Belud, Sepanggar, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Tenom, Beluran, Libaran, Kinabatangan, Silam, Semporna dan Kalabakan.

“Penyelidikan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dan hasil daripada rumusan laporan itu nanti kita akan muktamadkan keputusan kerusi Parlimen mana yang bakal ditandingi Umno,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata soal agihan kerusi yang bakal ditandingi pada PRU15 akan dibuat melalui rundingan awal bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) dan parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Ia perlu dilakukan secara telus berdasarkan kekuatan parti masing-masing dan ia perlu diputuskan lebih awal dan tidak lagi menunggu saat-saat akhir menghadapi PRU15 nanti.

“PRU15 kita mahu menang untuk tubuhkan kerajaan, bukan untuk bermegah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here