10 diberkas ingkar PKP dengan berjudi

0
2

SERAMAI 10 lelaki ditahan polis kerana berjudi dan ada masa sama melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sungai Petani, Kedah, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, semua lelaki terbabit berusia antara 34 hingga 65 tahan ditahan polis dalam serbuan Op Covid/Op Limau.

Katanya, ketika serbuan lima lelaki sedang mengelilingi meja dan bermain judi pakau manakala lima lagi pula duduk di situ sambil minum minuman keras.

“Hasil siasatan mendapati, lima daripada mereka berusia 34 hingga 53 tahun ditahan kerana kesalahan berjudi. Mereka disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1952 dan dikompaun kerana melanggar PKP.

“Lima lagi lelaki berusia 38 hingga 65 tahun yang berada di situ masing-masing dikompaun kerana melanggar PKP.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 (1) Peraturan Pengawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (No.2) 2021,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Adzli berkata, hasil semakan mendapati dua daripada individu yang ditahan mempunyai rekod jenayah iaitu seorang yang berusia 49 tahun mempunyai dua rekod jenayah manakala seorang lagi berusia 52 tahun mempunyai empat rekod jenayah.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM623 untuk membantu siasatan.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here