Kecoh pesakit Covid-19 curi telefon bimbit pesakit lain

0
2

POLIS menahan dua lelaki yang juga pesakit Covid-19 kerana mencuri telefon bimbit milik pesakit lain di pusat kuarantin Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Sepang malam tadi.

Tangkapan dua suspek tersebut tular di media sosial selepas video mereka ditahan sepasukan anggota Unit Tempur Ringan (LSF) lengkap mengenakan sut pakaian perlindungan diri (PPE), dimuat naik menerusi aplikasi Tik Tok.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata berlaku kekecohan dalam kalangan pesakit di Dewan C Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS, jam 10.30 malam.

Susulan itu, katanya, pegawai perubatan tersebut telah mengaktifkan kod oren dan meminta bantuan daripada pihak polis yang bertugas bagi meredakan keadaan.

“Hasil siasatan dan temubual terhadap beberapa pesakit mendapati berlaku kecurian empat telefon bimbit milik pesakit lain.

“Pesakit berkenaan kemudian telah menahan dua lelaki yang juga pesakit di dewan tersebut dan kedua-duanya dipindahkan ke dewan lain bagi tujuan keselamatan.

“Pengadu juga telah merampas empat telefon bimbit disyaki dicuri suspek,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/21/polis-terima-laporan-berkaitan-judi-di-pkrc-maeps/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here