Mangsa banjir terima bantuan RM10.25 juta

0
2

RAKYAT yang terjejas akibat banjir baru-baru ini akan menerima Bantuan Wang Ihsan berjumlah RM10.25 juta bagi membantu meringankan beban yang ditanggung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata kerajaan sudah meluluskan peruntukan itu dan ia akan disalurkan kepada kerajaan negeri yang terbabit banjir bagi mempercepatkan proses pengagihan bantuan.

“Berdasarkan laporan keseluruhan bencana banjir monsun timur laut 2020/2021 daripada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), bilangan mangsa bencana di seluruh negara yang direkodkan mulai 11 Nov 2020 hingga 14 Jan 2021 dianggarkan berjumlah 20,341 keluarga.

“Bagaimanapun, memandangkan negara masih lagi berada dalam fasa monson timur laut yang dijangka berakhir pertengahan Mac ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) boleh memohon peruntukan tambahan berdasarkan jumlah sebenar keluarga yang telah disahkan sekiranya terdapat pertambahan mangsa banjir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, setiap keluarga yang terjejas akan menerima RM500 manakala RM5,000 diberikan kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga disebabkan bencana banjir. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here