Venue perlawanan Atletico Madrid – Chelsea di pindah ker Bucharest

0
2

PERTEMBUNGAN antara pasukan Atletico Madrid bagi aksi peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Chelsea dipindahkan dari Sepanyol ke Bucharest susulan sekatan perjalanan akibat pandemik Covid-19.

Perkara itu disahkan Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa) hari ini.

Chelsea dalam satu kenyataan di laman sesawang mereka memberitahu tarikh perlawanan dan sepak mula bagi perlawanan itu adalah pada tarikh dan waktu yang sama iaitu 23 Februari ini.

Aksi timbal balik pula dijadualkan berlangsung di Stamford Bridge, London pada 17 Mac depan.

Kerajaan Sepanyol pada Selasa lalu melanjutkan sekatan penerbangan dari Britain, Brazil dan Afrika Selatan dari 16 Februari hingga 2 Mac dalam usaha untuk membendung penularan varian baharu virus berkenaan.

Ini adalah kali keempat Sepanyol melanjutkan sekatan ketibaan dari Britain yang pada awalnya dilakukan pada akhir Disember. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here