Najib perlu fokus kes 1MDB, tak payah campur hal saya – Tun M

0
3

TUN Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak masuk campur berhubung tuduhan beliau mencampuri badan kehakiman.

Sebaliknya, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu merasakan Najib perlu fokus terhadap kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.

“Saya rasa Najib tak payah campur tangan dengan tuduhan terhadap saya.

“Dia harus fokus kes curi duit rakyat berbilion-bilion dalam 1MDB. Dia juga perlu bagi perhatian saman Tommy Thomas yang kait dia dengan pembunuhan Altantuya,” kata Dr Mahathir dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dr Mahathir, membuat kenyataan itu susulan laporan berita yang memetik Najib mengetawakan beliau kerana mendakwa tidak mencampuri urusan badan kehakiman ketika menjadi Perdana Menteri.

Dalam laporan itu, Najib mendakwa pembatalan Umno pada 1988 yang dikatakan bukti Dr Mahathir tidak campuri badan kehakiman adalah pembohongan besar.

Kedua-dua bekas Perdana Menteri itu dilihat berbalah isu berkaitan pendedahan dan dakwaan yang dibuat bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas melalui buku memoirnya bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness.

“Lagipun, kalau isu yang berlaku 1987/88, Najib boleh ingat yang dia hunus keris dan nak mandikan keris dengan darah orang Cina,” kata Dr Mahathir lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here