Giliran Kerajaan Sabah beri peruntukan kepada pembangkang

0
2

TERIMA kasih Datuk Hajiji Noor, kata PKR Sabah susulan Ketua Menteri itu memberi peruntukan khas RM100,000 kepada setiap wakil rakyat pembangkang bagi menangani Covid-19.

Pengerusinya, Datuk Christina Liew berkata beliau turut menghargai Hajiji kerana bersikap terbuka dengan barisan pembangkang di Sabah.

“Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah atas pertimbangan dan keterbukaan minda beliau.

“Walaupun RM100,000 mungkin tidak mencukupi untuk kami menjalankan tugas di kawasan jagaan kami, saya percaya Ketua Menteri akan mempertimbangkan semula untuk menambah jumlahnya sekiranya kami kehabisan dana untuk berkhidmat di kawasan kami,” katanya menerusi kenyataan.

Christina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-Api juga berkata Hajiji harus memberi peruntukan pembangunan sama kepada pembangkang seperti dilakukan di Perak dan Johor.

“Langkah ini akan membolehkan wakil rakyat membantu kerajaan dalam pembangunan sosioekonomi di setiap kawasan.

“Saya percaya Ketua Menteri akan mempertimbangkan cadangan ini,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/06/peruntukan-rm100000-ahli-parlimen-umno-shahidan-akan-jumpa-pm/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here