Covid-19: Pembukaan sektor ekonomi, rakyat perlu kekal waspada

0
2

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berharap dengan pembukaan banyak sektor ekonomi tidak melalaikan rakyat untuk sentiasa berjaga-jaga dan kekal selamat daripada dijangkiti Covid-19.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata kerajaan sentiasa berusaha mendengar cadangan dan aduan daripada semua pemain industri luar mahu pun tempatan yang merupakan ‘tulang belakang’ kepada ekonomi dan perdagangan domestik negara.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengamalkan dasar terbuka serta menerima kritikan dalam usaha pemulihan ekonomi terutama membabitkan polisi yang memberi kesan langsung kepada perniagaan dan industri.

“Kerajaan akan cuba yang terbaik untuk mencari penyelesaian jangka masa pendek dan panjang dalam memulihkan ekonomi dan perniagaan.

“Covid-19 bukan perkara mudah untuk diuruskan, dan tiada buku ekonomi yang mengajar langkah yang tepat untuk menghadapinya. Namun, saya bersyukur kerana banyak pihak yang cuba untuk membantu,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Semalam, Nanta mengadakan pertemuan dengan ‘Industries Unite’ iaitu gabungan 46 persatuan institusi dan badan perdagangan PKS Malaysia bagi membincangkan berhubung pemulihan ekonomi yang terjejas susulan pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Nanta berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan perniagaan di negara ini tidak kira syarikat besar mahukan PKS.

“Daripada perniagaan besar yang mengajikan beribu-ribu pekerja sehingga peniaga kecil, saya mahu anda tahu bahawa kerajaan mengambil berat terhadap semua.

“Ini kerana di sebalik setiap perniagaan, ada insan yang perlu memberi makan kepada keluarga mereka, rakyat yang mempunyai pekerjaan, indidvidu berkerjaya dan impian. Mereka inilah yang memastikan ekonomi terus hidup,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/09/boleh-makan-di-restoran-mulai-esok/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here