Boleh makan di restoran mulai esok

0
2

Nurul Huda Abhar

KERAJAAN membenarkan pelanggan untuk makan di dalam premis makanan atau restoran bermula esok.

Peraturan itu terhad kepada dua orang pelanggan sahaja di sebuah meja dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemilik restoran dikehendaki memberi tugasan kepada seorang pekerja di kawasan keluar masuk premis.

“Ini bagi memastikan urusan keluar masuk pekerja dan pelanggan direkodkan, penjarakan satu meter ketika dalam premis, dan mengehadkan jumlah pelanggan yang berada dalam premis pada satu-satu masa.

“Sebelum ini kita pernah buat. Ada juga premis yang mengehadkan satu-satu masa kepada pelanggan yang makan di dalam restoran,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan prosedur operasi standard (SOP) tersebut, orang ramai boleh ke laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here