BUKAN Kedah FC atau Selangor FC tetapi Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi destinasi pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh bagi musim 2021.
Bekas pemain Pahang itu sah menjadi milik JDT selepas laman sosial juara Liga Super tujuh kali itu memuatnaik video Sumaresh menandatangani kontrak bersama pasukan berkenaan.
Berdasarkan video berdurasi 41 saat itu, Sumaresh menaiki kereta mewah limousin menuju ke Stadium Sultan Ibrahim sebelum turun dan masuk ke dalam stadium dengan lengkap memakai ‘long suit’ bertali leher JDT.
“Driver, please take me to the best club in Malaysia. Welcome to the Home of Champions, Sumareh,” kata kenyataan pada hantaran video berkenaan.
Di dalam video itu juga, Sumaresh bakal menyarung jersi nombor 13 yang sebelum ini digunakan pemain yang menerima latihan di Borussia Dortmund, Gary Steven Robbat.
Dengan penyertaan Sumareh ke JDT ia sekali gus menamatkan spekulasi yang bekas pemain Police Tero itu akan ke Kedah FC serta Selangor FC. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/02/06/pbnp-kena-bayar-sumareh-rm4-9-juta/

