Netizen kagum Rina Harun makin kurus, cantik dan kelihatan muda!

0
2

HEBOH di media sosial hari ini apabila netizen berkongsi gambar Datuk Seri Rina Harun yang semakin cantik dan kurus.

Malah rata rata terpesona dengan penampilan terbaharu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu yang nampak lebih segar dan kelihatan semakin muda.

Tinjauan di beberapa platform media sosial mendapat ramai netizen berkongsi gambar Rina kerana kagum dengan usahanya itu dalam menjaga kesihatan dan penampilan diri, meskipun sibuk dengan tugasan sebagai menteri.

Tambah menarik ada netizen menjadikan Rina, 47, sebagai sumber inspirasi dalan usaha mereka untuk menurunkan berat badan.

Netizen bukan sahaja mahu mengetahui apa rahsia Rina berjaya mendapatkan berat badan ideal, malah ada yang baru tersedar dari lena bahawa tiada yang mustahil untuk kelihatan kurus.

“Wow, cantiknya Datuk Seri, nampak lebih muda bila dah kurus ni.”

“Aku pun boleh jadi macam Rina, takkan aku tak boleh kurus mcm dia, sangat terinspirasi Datuk Seri!

“Semakin lawanya dia, apa rahsia Datuk Seri ni, umur dan 40-an tapi nampak macam baby Rina.”

“Tersentak aku, nak kurus ni bukan mustahil, btw YB memang nampak cantik samgat!”

Demikian antara komen netizen yang sempat dilihat Malaysiapost menerusi tinjauan di media sosial hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here