PKPD beberapa taman perumahan Bandar Muadzam Shah

0
2

Nurul Huda Abhar

BERIKUTAN pertambahan kes Covid-19 di Bandar Muadzam Shah, Rompin, kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di kawasan terbabit bermula esok sehingga 22 Februari 2021.

Ia melibatkan komuniti di beberapa taman iaitu Desa Bidara, Desa Keranji, Taman Redan Perdana, Desa Teratai, Desa Melor, Desa Mawar 1, Desa Mawar 2, Desa Jati 1, Desa Jati 2 dan Desa Anggerik.

Turut terlibat ialah Desa Kenanga, Desa Tanjung, Desa Dahlia 1, Desa Dahlia 2, Desa Cempaka, Desa Alamanda, Pinggir Pelangi dan Desa Semarak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 13 kes positif dalam Kluster Hikmah melibatkan jemaah Masjid Al Muadzam Shah serta ahli keluarga yang tinggal di taman-taman itu.

“KKM turut mengesahkan terdapat peningkatan mendadak yang melibatkan komuniti di mana 13 kes tersebut telah direkodkan dalam masa 10 hari.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan setuju melaksanakan PKPD di taman-taman Perumahan dalam Bandar Muadzam Shah, Rompin.

“bagaimanapun, PKPD ini tidak akan melibatkan Bandar Satelit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPD itu melibatkan 9,805 penduduk dan 2,178 rumah.

Katanya, ia untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal melalui saringan secara bersasar ke atas penduduk dan mengawal penularan jangkitan Covid-19 dalam komuniti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here