Remaja perempuan 18 tahun korban terbaharu Covid-19

0
2

Nurul Huda Abhar

SEBANYAK 15 kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini, termasuk seorang remaja perempuan warganegara berumur 18 tahun yang menghidap penyakit asma.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke 859 itu berlaku di Selangor dan jenazah remaja terbabit di bawa ke Hospital Selayang.

Ringkasan 14 kes kematian lagi yang direkodkan hari ini adalah seperti berikut:

  1. Kematian ke 858, wanita warganegara berusia 74 tahun. Meninggal di Hospital Sibu, Sarawak dan menghidap kencing manis, darah tinggi, dan strok.
  2. Kematian ke 860, lelaki warganegara berusia 67 tahun. Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizebeth, Kota KInabalu dan menghidap penyakit buah pinggang kronik.
  3. Kematian ke 861, lelaki warganegara berusia 65 tahun. Meninggal di Hospital Pulau Pinang dan menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.
  4. Kematian ke 862, wanita warganegara berusia 65 tahun. Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan menghidap kencig manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik.
  5. Kematian ke 863, lelaki warganegara berusia 62 tahun. Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan menghidap kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik.
  6. Kematian ke 864, lelaki warganegara berusia 93 tahun. Meninggal di Hospital Sibu, Sarawak dan menghidap darah tinggi dan paru-paru obstruktif kronik (COAD)
  7. Kematian ke 865, wanita warganegara berusia 80 tahun. Meninggal di Hospital Queen Elizebeth, Kota Kinabalu dan menghidap penyakit strok dan dislipidemia.
  8. Kematian ke 866, lelaki warganegara berusia 77 tahun. Meninggal di Hospital Sungai Buloh dan menghidap kencing manis, darah tinggi, strok,jantung,dan buah pinggang kronik.
  9. Kematian ke 867, wanita warganegara berusia 94 tahun. Meninggal di Hospital Serdang dan tanpa sejarah penyakit kronik dinyatakan.
  10. Kematian ke 868, lelaki warganegara berusia 88 tahun. Meninggal di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan menghidap penyakit buah pinggang kronik, darah tinggi, dan adrenal insufficiency.
  11. Kematian ke 869, wanita warganegara berusia 37 tahun. Jenazah dibawa ke Hospital Beaufort dan menghidap penyakit buah pinggang kronok.
  12. Kematian ke 870, lelaki warganegara berusia 64 tahun. Meninggal di Hospital Sungai Buloh dan menghidap kencing manis, darah tinggi, jantung dislipidermia, gout,dan buah pinggang kronik.
  13. Kematian ke 871, wanita warganegara berusia 64 tahun. Meninggal di Hospital Selayang dan menghidap penyakit kencing manis, asma, jantung, dislipidemia, obesiti, dan Empty Sella Syndrome.
  14. Kematian ke 872, lelaki warganegara berusia 93 tahun. Meninggal di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai dan menghidap penyakit darah tinggi dan jantung. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/02/kkm-mkn-rangka-5-strategi-tangani-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here