PKPD di Penjara Jelebu tamat manakala dua penjara lagi dilanjutkan

0
2

Nurul Huda Abhar

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Blok Transit (Blok Muhasabah) Penjara Jelebu, Negeri Sembilan yang sebelum ini dilanjutkan telah ditamatkan, hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini telah melanjutkan PKPD di Blok Transit (Blok Muhasabah) Penjara Jelebu, Negeri Sembilan dan dijadualkan tamat pada 7 Februari 2021.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kesemua 49 kes positif yang ditempatkan di Blok Transit (Blok Muhasabah) telah sembuh sepenuhnya dan di discaj serta 69 orang tahanan juga telah tamat tempoh HSO.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintan Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Blok Transit (Blok Muhasabah) Penjara Jelebu, Negeri Sembilan pada hari ini, 7 Februari 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Manakala, Ismail Sabri memberitahu PKPD di Penjara Bentong dan Kuarters Kakitangan dilanjutkan 14 hari lagi bermula 9 hingga 22 Febuari 2021.

Katanya, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di lokaliti tersebut yang dijadualkan tamat pada 8 Februari 2021.

“Sehingga kini, 2,085 ujian saringan telah dilaksanakan yang melibatkan tahanan, kakitangan serta kontak rapat dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 767 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

“KKM turut mengesahkan masih terdapat peningkatan kes positif di penjara ini di mana sebanyak 13 kes positif terakhir telah dilaporkan pada 5 Februari 2021,” ujarnya lagi.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan bersetuju unutk melanjutkan PKPD di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan selama 14 hari lagi bermula 9 sehingga 22 Februari 2021.

Ismail Sabri berkata, sebelum ini kerajaan telah melaksanakan PKPD lokaliti berkenaan yang dijadualkan tamat pada 8 Februari 2021.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 544 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 112 kes positif COVID-19 telah direkodkan merangkumi 90 banduan, 21 kakitangan serta 1 ahli keluarga.

“KKM turut mengesahkan terdapat sejumlah 40 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan terdapat tahanan yang masih bergejala,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2020/12/24/pkpd-di-telipok-ria-tamat/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here