Bantulah Zoo Negara

0
2

PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia sejak lebih setahun lalu bukan sahaja mengubah kehidupan manusia, malah turut menjejaskan hidupan lain termasuk haiwan di zoo. 
Pelbagai sektor terpaksa memberhentikan operasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuklah industri pelancongan yang turut membabitkan zoo. 
Di Malaysia, Zoo Negara turut berdepan situasi sama dan lebih teruk ia bakal mengalami masalah kekurangan makanan untuk haiwan-haiwan jika PKP dilanjutkan lagi. 
Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, setakat ini pihaknya masih mampu menampung kos operasi termasuk keperluan makanan haiwan serta gaji pekerja.
Menurutnya, dana yang ada ketika ini mencukupi bagi kos operasi sepanjang PKP yang dijadualkan berakhir 18 Februari ini.
“Zoo Negara akan berdepan masalah kewangan jika PKP dilanjutkan untuk tempoh yang lebih panjang. Saya berharap itu tidak berlaku.
“Jika dilanjutkan, kita terpaksa merayu kepada kerajaan supaya memberi kebenaran beroperasi atau mencari kaedah lain untuk meneruskan kelangsungan,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Bagaimanapun, beliau yakin tempoh PKP akan segera berakhir kerana ia bukan saja menjejaskan pendapatan Zoo Negara yang bergantung kepada jualan tiket, malah turut memberi kesan kepada ekonomi.
Rosly berkata, Zoo Negara kurang menerima sumbangan seperti makanan haiwan sejak PKP dilaksanakan tahun ini berbanding PKP tahun lalu.
Masalah dihadapi Zoo Negara itu turut mendapat perhatian Ketua Wirawati Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Dr Asmah Razalli, yang menggesa kerajaan segera menanganinya. 
“Saya berasa sedikit hampa dan kecewa selaku pemimpin belia melihat berita ini. Zoo Negara merupakan salah satu pusat tarikan pelancongan utama dan menarik di mana-mana negara di dunia. 
“Saya percaya kerajaan Malaysia lebih dari mampu membiayai dan memulihara Zoo Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berpendapat, adalah amat pelik dan mustahil serta boleh menjadi bahan jenaka jika Malaysia yang kaya dgn hasil alam dan pelaburan yang hebat tidak dapat membiayai sebuah zoo. 
“Saya berasa amat kasihan dengan kakitangan, haiwan-haiwan yang juga nyawa. 
” Bantulah Zoo Negara kerana ianya memori indah kanak-kanak  Malaysia serta sesiapa sahaja yang pernah menyantuninya. 
“Kita mampu lakukan lebih baik dari ini,” katanya. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here