Intan Ladyana akui berdebar menjelang hari pernikahan esok

0
2

PELAKON Intan Ladyana, 38, mengakui berdebar menjelang hari pernikahan dengan pasangannya, Harris Alif yang dijangka berlangsung esok.

Intan memberitahu pernikahannya dengan Harris, 21, yang juga seorang pengacara dan penyanyi akan diadakan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Intan atau nama sebenar Intan Nurladyana Mohamat Yahaya mengakui berikutan kes jangkitan Covid-19 masih tinggi, agak sukar untuk menetapkan tarikh untuk majlisnya.

“Alhamdulillah persiapan kebanyakannya sudah siap, cuma dalam keadaan sekarang dengan kes Covid-19 makin meningkat setiap hari agak susah untuk membuat perancangan atau meletakkan satu tarikh untuk majlis.

“Harapnya tiada sebarang perubahan saat akhir dan semoga ia berjalan dengan lancar,” katanya dalam majlis agihan sumbangan kepada komuniti ibu tunggal, semalam.

Hubungan antara Intan dan Harris telah terjalin hampir setahun sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk berumah tangga.

Kisah percintaan pasangan itu mencuri tumpuan berikutan perbezaan umur antara mereka sebanyak 17 tahun, namun Harris terbuka berkongsi mengenai perhubungan mereka. –Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here