SEBANYAK 4,284 kes positif Covid-19 direkodkan dalam negara hari ini dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 226,912.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal negeri tertinggi kes dengan mencatatkan 1,572 kes positif Covid-19.
“Kedua tertinggi adalah Johor dengan 964 kes dan Kuala Lumpur dengan 651 kes.
“Bagi negeri lain kes yang dicatatkan kurang 200 kes dan hanya Perlis sahaja tidak merekodkan sebarang kes hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata jumlah kes sembuh pula mencatatkan 3,804 kes.
“Sebanyak 48,309 kes masih aktif dengan 307 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 141 memerlukan bantuan alat penafasan.
“Dukacita dimaklumkan terdapat 18 kematian hari ini dengan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 adalah 809 kematian,” katanya. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/02/03/pkp-mb-kelantan-sokong-kompaun-dinaikkan/

