Man United samai rekod 26 tahun lalu, belasah Southampton 9-0

0
2

MANCHESTER United menyamai rekod kemenangan terbesar dalam Liga Perdana apabila membelasah Southampton yang beraksi dengan sembilan pemain, 9-0 awal pagi tadi.

Pemain tengah remaja Southampton, Alexandre Jankewitz dibuang padang hanya selepas dua minit perlawanan bermula di Old Trafford setelah mengasari Scott McTominay.

Situasi itu dimanfaatkan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer apabila meledak empat gol di babak pertama sebelum menyumbat lima lagi gol selepas rehat.

Ia sekali gus menyamai rekod kemenangan 9-0 United ke atas Ipswich pada 1995.

Bagi Southampton pula, ia turut menyamai rekod kekalahan terbesar mereka iaitu 0-9 kepada Leicester pada 2019.

Gol-gol United dihasilkan oleh Aaron wan-Bissaka, Markus Rushford, Jan Bednarek (gol sendiri), dan Edison Cavani.

Bersambung babak kedua, lima lagi gol United dijaringkan Anthony Martial (2), McTominay, Bruno Fernandes apa lagi kalau bukan penalti dan Daniel James. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/31/roy-keane-garu-kepala-label-manchester-united-ketakutan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here