Tiada alasan lagi Pejuang tidak dapat diluluskan

0
3

KESILAPAN teknikal adalah punca utama permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) ditolak dan bukannya tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden (Penaja) Pejuang, Datuk Marzuki Yahya.

Menurutnya, pertemuan dengan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 8 Januari lalu mendapati berlaku kesilapan teknikal dan salah faham diantara kedua-dua pihak.

“Pihak JPPM merujuk kepada dokumen cetakan daripada laman sesawang eROSES sedangkan dokumen rasmi dan teratur telah dikemukakan oleh wakil Pejuang kepada JPPM pada 2 Oktober 2020.

“Melalui semakan semula secara bersemuka ini, kedua-dua pihak telah bersetuju dan mengambil inisiatif untuk menggunakan dokumen rasmi yang dikemukakan pada Oktober lalu sebagai rujukan bagi kelulusan permohonan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, untuk rekod Pejuang juga sudah mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada 8 Januari lalu melalui serahan tangan kepada Ketua Pengarah JPPM.

“Saya menjangkakan pihak Menteri Dalam Negeri akan menjawab rayuan itu dengan membuat penjelasan berhubung status rayuan itu dan bukannya mengulangi jawapan yang telah diterima daripada pihak JPPM sehari sebelum perkara ini didengar di mahkamah.

“Pada hemat saya, tiada alasan lagi mengapa parti Pejuang tidak dapat diluluskan,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/02/permohonan-pejuang-muda-ditolak-kerana-tak-teratur-hamzah/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here