PKP 2.0 dilanjutkan sehingga 18 Februari

1
2

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir Khamis ini dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 18 Februari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas penelitian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melihat peningkatan jumlah kes positif Covid-19.

“Atas nasihat KKM, sidang khas hari ini setuju untuk melanjutkan PKP 2.0 di seluruh negara bermula 5 hingga 18 Februari, kecuali Sarawak kekal PKP Bersyarat (PKPB),” katanya dalam sidang media hari ini.

“KKM membentangkan penilaian risiko PKP 2.0 yang sedang dilaksanakan di semua negeri dan mengesahkan kes harian masih menunjukkan trend peningkatan dengan kadar positiviti dalam kluster adalah 20 hingga 40 peratus.

“Penularan jangkitan dalam komuniti membabitkan warganegara dan bukan warganegara juga tinggi.

“Sehubungan dengan itu diatas penilaian risiko dan nasihat KKM, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju untuk melanjutkan PKP 2.0 di seluruh negara bermula 5 hingga 18 Februari 2021,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun perintah tidak membabitkan Sarawak yang kekal dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selain kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ismail Sabri berkata, PKP 2.0 adalah berbeza dengan PKP yang dilaksanakan pada Mac tahun lalu iaitu kali ini terdapat kelonggaran untuk sektor ekonomi dan perniagaan terutamanya perniagaan yang melibatkan perniagaan mikro seperti penjaja, peniaga kecil dan sebagainya.

“Namun prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan adalah ketat dan sambungan PKP ini akan teruskan SOP yang lebih ketat lagi.

“Sebagai contoh tiada had di dalam pasar raya, selepas ini perlu dihadkan jumlah pengunjung,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga mendapat banyak rayuan daripada pelbagai sektor dan perniagaan yang memohon dibenarkan berniaga dan perkara itu sedang diteliti.

“MKN sedang meneliti permohonan ini dan akan adakan mesyuarat teknikal bersama KKM dan agensi atau kementerian berkaitan sebelum membuat keputusan dalam Sidang Khas MKN.

“Antara yang merayu adalah pengusaha kedai cuci kereta, kedai gunting rambut, salon dan banyak lagi yang kerajaan sedang teliti,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, merentas negeri serta aktiviti sosial masih tidak dibenarkan.

“Setiap keputusan dibuat adalah berdasarkan data yang dikeluarkan KKM.

“Rentas negeri setakat ini telah menyumbang kepada peningkatan kes positif dan kini terdapat 31 kkustet yang berkaitan rentas negeri,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/01/rentas-negeri-antara-punca-kes-covid-19-meningkat-di-terengganu/

1 COMMENT

  1. Elok cukup lah pkp sampai 4 feb ni saja …biarlah terus dgn pkpb, rakyat dah patuh sop dah n nak patuh mcm mana lagi..cuma pasaraya yg perlu diketatkan sop, sgt susah kalau asyik terus dgn pkp, hutang bank kena byr n kerajaan pun tak nasihatkan bank tapi nasihatkan peminjam suruh berurusan dgn bank….mati kerana covid lebih baik dari mati kesempitan hidup mcm skrg ni

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here