“SAYA antara sahabat yang menyaksikan Ebit Lew, orang yang betul-betul susah miskin, dihina, dikenakan, diketawakan..

“Tiba-tiba Allah beri kekayaan padanya yang bukan sedikit,” luah pakar motivasi, Noor Laila Aniza Zakaria.
Dalam hantaran itu, Noor Laila mendakwa pendakwah bebas, Ebit Lew adalah antara sahabat baiknya yang dikenali sejak 14 tahun lalu serta pernah menjadi rakan sepejabat.
“Ebit ni antara sahabat baik saya. Waktu tu kisah 14 tahun dulu masing-masing belum kahwin. Ustaz Ebit baru bertunang.
“Dulu kami kerja selang satu meja waktu di ‘Company’ Dato Fadzilah Kamsah. Ustaz Ebit ni antara yang selalu datang kumpul depan meja saya bercerita kisah Nabi dan Sahabat,” katanya dalam hantaran itu.
Noor Lalila berkata, Ebit melalui zaman kesusahan yang mana ikon masyarakat itu menggunakan kereta buruk sehingga sering menjadi bahan ketawa orang.
“Dulu keretanya buruk sangat-sangat. Masih terbayang di mata saya kereta dia. Orang ketawakan dia..
“Kawan-kawan kata – ‘Ebit.. Ko pakai macam ni.. Cakap macam ni..lembik…Sapa nak dgr cakap ko.. Sapa nak dengar ko ceramah.. Tak laku.” katanya.
Noor Laila berkata, ketika Ebit tidak mempunyai apa-apa beliau sering diketawakan orang.
Katanya, Ebit seorang individu yang berdakwah secara sederhana selain suka berkongsi kisah nabi.
“Ustaz Ebit ni takde satu hari tak sembang kisah Nabi. Kalau dengar Ebit bersembang, rasa macam wayang gambar depan mata kisah-kisah sahabat. Bila dia ada masalah, dia datang cari saya dan terus cerita pung pang pung pang apa orang kutuk dia.
“Ada satu ketika, Ustaz Ebit bagi saya duit, minta hias pula kawasan meja dia bagi lawa. Sebab katanya buruk sangat,” katanya.
Juateru, Noor Laila berkata dengan wang berkenaan dia membeli barang-barang hiasan untuk menghias meja Ebit.
“Selepas dua bulan kerja di ofis yang sama, Ustaz Ebit ni kahwin. Kemudian dia keluar jemaah tabligh, dia call saya kirimkan duit minta belikan bunga untuk isterinya.
“Saya pilih dan minta kedai gubahkan dengan sangat cantik. Tak lama saya terima whatApss gambar isteri Ebit pegang bunga tu dengan senyum manis. Ya tuhan, hati saya sangat berbunga,” katanya.
Tambah Noor Laila, Ebit pernah memintanya untuk membelikan rantai emas buat isterinya walaupun ketika itu dia tidak berduit.
“Saya juga belikan rantai emas untuk sang bidadari. Ebit transfer duit gaji dia untuk saya tolong belikan. Saya pergi kedai emas carikan. Waktu tu duit dia cukup-cukup.
” Kata dia – “Cukuplah Farah (nama isterinya) gembira, Ebit dah puas hati,” katanya.
Noor Laila berkata, ketika keluar berdakwah Ebit membelanjakan wang sendiri walaupun pada ketika itu beliau susah dan tidak mempunyai wang.
“Bila dia bagitahu dia nak keluar jemaah ke sekian-sekian tempat..saya tanya dia..
“Ebit.. Ebit nak keluar jemaah, asyik keluar duit..Nanti macam mana kalau duit habis?” ( soalan saya 14 tahun dulu waktu tak faham ‘hakikat memberi’) dan saya tahu dia memang tak ada duit.
Ebit jawab: – “Takpe laila.. Keluar je jemaah dulu.. Nanti Allah ganti” katanya.
Wanita itu menjelaskan, Ebit juga melalui dugaan selain tidak dapat lari daripada perasaan iri hati manusia termasuk dalam urusan dakwah dan aktiviti amalnya.
“Sampai kes orang sakit hati, ugut ke.. Tu perkara biasa. Sampai dia kata, rasa nak lari bawak family ke luar negara. Malas pikir. Dok je sana terus. Buat baik salah. Tak buat baik pun salah.
“Tapi saya tahu, tu kata saja. Kata-kata orang yang letih sangat berjuang dengan karenah pelbagai pihak tapi cintanya pada dakwah Nabi untuk tengok semua orang peluk Islam dan dapat kalimah Lailaha illallah tu tak pernah mati, ” cerita wanita itu.
Selain itu, Noor Laila berkata, Ebit bercita-cita mahu membuka 10 cawangan Elews Mart tahun lalu dan Allah memakbulkan impiannya dalam tempoh dua bulan.

