AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh di Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali semalam mengesahkan dirinya positif Covid-19.
Katanya, beliau telah menjalani ujian calitan di Pejabat Kesihatan Daerah Kluang pada jam 11.30 pagi Ahad lalu selepas mengalami lesu badan sebelum menerima keputusan ujian pada jam 5 petang semalam.
“Saya tidak demam cuma badan rasa tidak berapa sedap, selepas itu lidah tiada deria rasa. Saya dapat tahu keputusan jam 5 petang tadi (semalam).
“Setakat ini, saya masih di rumah dan menunggu arahan seterusnya daripada doktor,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
Terdahulu, Sheikh Umar yang juga wakil rakyat daripada DAP berkongsi berita mengenai perkara itu menerusi hantaran di Facebook serta memohon doa daripada orang ramai supaya kembali sihat. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/18/dap-jadi-punching-bag-parti-lain/

