Malaysia pantau situasi di Myanmar

0
2

MALAYSIA memandang serius perkembangan terkini berlaku di Myanmar selain berharap junta tentera itu memberi keutamaan menjaga keamanan serta kedaulatan di negara terbabit.

Kedutaan Besar Malaysia di Yangon dalam satu kenyataan berkata, sebagai jiran terdekat dan anggota ASEAN, Malaysia terus menyokong keamanan dan kestabilan demi kemajuan dan kemakmuran rantau ini termasuk Myanmar.

“Selain itu, Myanmar perlu menegakkan kedaulatan undang-undang dan menyelesaikan setiap perbezaan pemilihan melalui mekanisme undang-undang dan dialog yang ditetapkan secara yang damai.

“Sebagai jiran terdekat dan anggota ASEAN, Malaysia terus menyokong keamanan dan kestabilan dalam sesebuah negara kerana ia penting untuk kemajuan dan kemakmuran di semua rantau termasuk Myanmar,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Malaysia turut menegaskan sokongan kuat untuk peralihan demokrasi Myanmar, proses perdamaian dan pembangunan ekonomi yang inklusif.

“Perpaduan yang dicari oleh rakyat Myanmar dalam kalangan pemimpinnya. Malaysia menyokong perbincangan di antara pemimpin Myanmar untuk mengelakkan kesan buruk kepada rakyat dan negara itu, terutama dalam situasi pandemik Covid-19 yang sukar ketika ini,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, semua rakyat Malaysia di Myanmar dinasihatkan untuk kekal bertenang, waspada dan terus mematuhi nasihat keselamatan pihak berwajib.

“Untuk bantuan konsular dan kecemasan, Kedutaan Besar Malaysia di Yangon boleh dihubungi di talian +95 9 772 220 230 atau emel [email protected],” katanya.

Media hari ini melaporkan tentera Myanmar mengisytiharkan darurat selama setahun dan melantik Panglima Angkatan Tenteranya, Jeneral Ming Min Aung Hlaing sebagai pemangku Presiden.

Perintah darurat itu diumumkan selepas tentera menahan Kaunselor, Aung San Suu Kyi, Presiden Myanmar, U Win Myin dan pegawai kanan lain pagi tadi.

Sejak beberapa minggu lalu, tentera Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu, yang menyaksikan parti pemerintah, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Suu Kyi menang besar.

Myanmar yang baru sedekad keluar selepas hampir 50 tahun diperintah tentera, masih berada di bawah sistem demokrasi dikawal ketat tentera walaupun pada hakikatnya berkongsi kuasa dengan kerajaan dipilih rakyat.

Pilihan raya pada November lalu adalah yang kedua di Myanmar sejak negara itu keluar daripada regim pemerintahan diktator 49 tahun. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/28/ratusan-etnik-rohingya-dari-indonesia-dipercayai-lari-ke-malaysia/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here