MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamarudin bertekad untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Beliau yang dikurniakan anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini, menganggap kurniaan itu sebagai motivasi kepada dirinya.
“Merafak sembah, menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong atas perkenan kurniaan Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan kepada saya pada hari ini.
“Sesungguhnya saya menerima penganugerahan ini dengan rasa rendah diri dan ia adalah motivasi untuk saya terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang itu, turut mengucapkan terima kasih atas ucapan dan doa yang diberikan kepadanya atas penganugerahan itu.
“Semoga Allah memudahkan urusan kita semua dalam mencari keredhaan-Nya,” katanya. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:

