Penggodam Anonymous Malaysia dakwa lancarkan serangan siber

0
2

SETELAH memberi amaran kepada kerajaan Malaysia minggu lalu, penggodam dikenali ‘Anonymous Malaysia’ mula melakukan serangan di beberapa laman sesawang milik kerajaan semalam.

Menerusi hantaran status di laman Facebook Anonymous Malaysia, mereka mendakwa mula menyerang beberapa portal milik kerajaan sejak tengah malam semalam.

Kumpulan yang dikenali sebagai ‘cyberpunk’ itu menjadikan portal milik kerajaan termasuk portal Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebagai sasaran.

Selain itu, turut diserang ialah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Majlis Perbandaran Selayang dan portal milik kerajaan negeri Perak.

Sebelum ini, Anonymous Malaysia kembali muncul menghantui laman web dan aset dalam talian selepas lima tahun menghilang.

Satu video berdurasi 2.29 minit yang dimuat naik di FB kumpulan itu mengesahkan kini mereka kembali sekali lagi.

Menerusi mesej video itu, kumpulan itu berjanji untuk mengadakan serangan siber terhadap laman web kerajaan dan aset atas talian dikenali sebagai #OpsWakeUp21

Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dilaporkan memandang serius ancaman tersebut.

Berikutan itu, satu notis amaran dikeluarkan oleh NACSA kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan itu. – Malaysiapost

Artikel berkaitan : https://malaysiapost.com.my/2021/01/26/nacsa-keluar-notis-amaran-cegah-laman-web-kerajaan-digodam/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here