Muncul pula Kluster Muda di Kedah

0
3

[Covid-19] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti kluster baharu yang dikesan di daerah Kuala Muda, Kedah, dinamakan Kluster Muda.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes pertama kluster ini iaitu kes ke-9,114 adalah lelaki warga Malaysia yang juga anggota polis.

Katanya, kes yang dilaporkan hari ini (kes ke-9,147) adalah rakan kerja kepada kes indeks.

“Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan pada 13 Ogos dan kes dikesan positif pada 14 Ogos.

“Sehingga 14 Ogos 2020, 124 kontak rapat beliau telah disaring. Daripada jumlah itu dua kes dikesan positif Covid-19; lima negatif dan 117 masih menunggu keputusan.

“Kesemua kes bagi kluster ini adalah warganegara Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan dan langkah pencegahan serta pembendungan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti.

“Punca jangkitan masih di dalam siasatan,” katanya.