PM, rakyat sembah tahniah ulang tahun kedua Al-Sultan Abdullah sebagai YDPA

0
2

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mewakili seluruh rakyat Malaysia merafak sembah tahniah sempena ulang tahun kedua Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menaiki takhta.

Beliau berkata, genap dua tahun hari ini Al-Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

“Ampun Tuanku. Hari ini 31 Januari 2021 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1442H genap dua tahun Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

“Patik mewakili seluruh rakyat Malaysia berdoa semoga Tuanku terus beroleh keberkatan, kemakmuran dan kesihatan yang berkekalan sebagai Payung Negara. Daulat Tuanku. Menjunjung Kasih Tuanku,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam bagi menggantikan Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 15 Januari tahun lalu.

Baginda kemudian dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Januari tahun lepas dan melafaz sumpah serta menandatangani surat sumpah jawatan pada 31 Januari tahun yang sama. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here