Covid-19 : Kes baharu cecah 5,728 hari ini

0
2
grafik

Nilam Oshman

SEBANYAK 5,728 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Malaysia hari ini, menjadikan jumlah tertinggi pernah dicatatkan sejak wabak itu melanda negara.

Ia juga kali kedua berturut-turut kes harian Covid-19 di Malaysia melepasi angka 5,000 sekali gus kes keseluruhan terus meningkat kepada 209,661.

Semalam Malaysia merekodkan kes jangkitan harian kedua tertinggi iaitu 5,725.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan daripada keseluruhan kes hari ini, lima adalah kes import dan selebihnya penularan tempatan.

Selain itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan, iaitu sebanyak 47,388.

Menurut kenyataan KKM, Selangor merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,285, diikuti Johor (729), Kuala Lumpur (480), Sabah (263), Sarawak (191), Negeri Sembilan (158), Perak (112) dan Pulau Pinang (101).

Negeri yang mencatat kes di bawah 100 ialah Kedah (99), dan Terengganu (85), Pahang (51) Melaka (42), Labuan (29) Kelantan (28) dan Putrajaya (12).

Menurut KKM, kes sembuh baharu hari ini ialah 3805 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 161,527 kes.

Sebanyak 13 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 746. Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here