Hospital Bintulu lokasi kedua ‘dry run’

0
2

HOSPITAL Bintulu dipilih lokasi kedua pelaksanaan aktiviti ‘dry run’ atau sesi latihan awal penghantaran vaksin Covid-19 hari ini.

Semalam dry run pertama telah dijalankan di Klinik Kesihatan Belaga, Sarawak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata latihan percubaan itu adalah sebahagian langkah persediaan rapi, sebelum vaksin sebenar Covid-19 diperoleh dan digunakan di kemudahan vaksinasi seluruh negara.

Katanya, vaksin keluaran syarikat Pfizer itu memerlukan penyimpanan pada suhu ultra -75 darjah celsius yang memberi cabaran dalam proses pengedaran vaksin terbabit.

“Aktiviti dry run ini juga bertujuan melihat dan memastikan pengekalan suhu ultra sejuk -75 selsius adalah terjamin sepanjang tempoh penghantaran dari pengilang ke destinasi luar bandar.

“Menerusi aktiviti ini juga akan menilai kebolehlaksanaan proses yang terbabit dalam pengendalian vaksin Covid-19 dan menguji pelaksanaan Garis Panduan Pengendalian Vaksin yang dibangunkan di lapangan supaya pengedaran sebenar ke seluruh negara nanti berjalan lancar.

“Pasukan aktiviti dry run ini diketuai Ketua Sektor Farmasi Kesihatan Awam KKM, Datin Shantini Thevendran,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19.

“Antaranya melalui perolehan bekalan vaksin berkualiti, selamat dan berkesan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here